Thursday, November 6, 2008

Mencari jodoh

Saya berkelulusan undang-undang dan pernah berkhidmat dengan kerajaan selama hampir sepuluh tahun dengan memegang pelbagai jawatan di mahkamah dan di Jabatan Peguam Negara. Saya meletak jawatan ketika berusia 36 tahun kerana telah menemui sesuatu yang ingin saya perjuangkan yang saya percaya jika ia dilaksanakan, ia akan benar-benar menghasilkan bangsa Melayu baru yang benar-benar maju dan tidak memerlukan bantuan dan subsidi untuk bersaing secara sihat dengan bangsa-bangsa lain.

Sejak meletak jawatan saya telah mengembara ke sekolah-sekolah dan tempat-tempat lain bagi menyampaikan idea-idea saya. Untuk selama